Friday, 27 December 2013

Membuka Hati Yang Tertutup

Assalamualaikum hamba-hamba Allah,

Hari ni aku nak share tentang cara membuka hati kita yang dah tertutup tu . Actually aku baru lepas baca cara-cara ni semua dari buku Panduan Mencerdaskan Minda by Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Jaafar Salleh. Best tau buku ni . Sesuai sangat untuk students . Lagi-lagi students yang nak menduduki peperiksaan .

So aku just copy je ni dari buku tu . Mana la tahu berguna untuk semua orang .

Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, hati seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ilmu yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius iaitu:

1. Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu menyeleweng dari jalan
   Allah. Allah s.w.t  berfirman, maksudnya: " Dan orang yang berjuang untuk mencari    keredhaan ) Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami." ( Surah al-  Ankabut: 69 ) .

2. Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah iaitu sifat peribadi yang tercela.

3. Menjauhi maksiat.

4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.

5. Banyak bertawakal kepada Allah.

6. Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang    melalaikan.

7. Berusaha menjauhi tuntunan syaitan.

8. Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu hati akan suci dan bersih lalu dipenuhi 'nur' .   Dengan 'nur' ini segala ilmu pengetahuan mudah difahami dan diserap.

9. Membaca al-Quran. Selalu membaca al-Quran kerana dengannya akan terbuka sinar hati dan  akan mudah menerima ilmu. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ilmu di Luh Mahfuz di  mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal dari catatan di Luh Mahfuz sebagaimana yang    dijelaskan Allah dalam firman-Nya, maksudnya " Bahkan, yang mereka dustakan ialan al-Quran    yang mulia, yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz. " ( Surah al-Buruj: 21-22 )

10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu sejati dan  penyempurna kepada akal manusia. Ilmu pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila    dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli ini.

11. Mengamalkan  ilmu yang dipelajari. Seseorang muhaddis terkemuka, Ibnu as-Salah menyebutkan bahawa Syeikh Waqi, pernah berkata: " Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya. "


Alat seperti  tasbih ini membantu hati kita ini mengingati Allah.

Jadi setakat ini yang aku mampu share . Aku harap panduan ini semua dapat membantu korang semua untuk memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Aminn .

1 comment: